Monday, 23 November 2015

#3

I can't help myself thinking what is happening in our social networks recently. Why is everybody comparing others. For instance, breastfeeding moms and non breastfeeding moms. Like... seriously everybody?

Bagi aku, tiada istilah isu dlm penyusan anak. Bukan semua ibu boleh menyusukan anak masing-masing. Mungkin disebabkan faktor kesihatan atau sebagainya. Aku yakin, ilmu, kepentingan, manafaat dan kebaikan tentang penyusuan bayi zaman sekarang ni ada dimana-mana. Easy access. Pada ibu-ibu yang dapat menyusukan anak dari lahir sehingga anak berumur 2 tahun, tahniah diucapkan. Anda sememangnya ibu yang hebat! Tetapi ada juga sebahagian ibu yang hanya dapat memberikan susu pada anak sehingga berumur 6 bulan, atau 1 tahun atas faktor-faktor lain. Aku juga berpendapat yang ibu-ibu ini telah pun berusaha untuk memungut hasil susunya dengan cara yang pelbagai. Bukan sengaja tidak mahu menyusukan.

Jadi, mengapa perlu ada perbandingan?

Contoh lain, ibu yang bekerja dan suri rumahtangga.

Merujuk pada ekonomi sekarang, ramai isteri atau ibu juga menggalas tanggungjawab membantu suami dengan bekerja. Pada pendapat aku sendiri, ibu mana yang tak sayangkan anak-anak. Kalau ditanya dah pasti majoriti ibu-ibu bekerja ini ingin saja duduk dirumah memerhatikan sendiri anak-anak membesar didepan mata. Tapi apa pilihan yang mereka ada?

Dibezakan pula dengan ibu-ibu yang duduk dirumah menjaga anak dan melayan rumah. Mereka juga bukan duduk saja. Pasti kerjanya setiap masa tidak lekang. Ibu mengemas didapur anak sepahkan ruang tamu. Ibu mengemas di ruang tamu, nak sepahkan bilik tidur. Masing-masing ada cara masing-masing untuk hidup.

Jadi, mengapa perlu ada perbandingan?

Contoh kecil yang lain, doktor dengan nurse atau pembantu perubatan. What the heck? Everybody has their important roles in their work. Kalau tak ada nurse atau pembantu perubatan, siapa yang akan membantu doktor-doktor ini semua? Kalau tak ada doktor-doktor, macam mana nurse atau pembantu perubatan ni nak enhance knowledge mereka?

Lagi contoh, SPM qualification, Degree/Master/PHD qualification. Lah, sometimes it is just about money, some can overly afford, some cannot. So, why compare? Lagipun, siapa boleh jamin yang orang-orang yang ada sijil tinggi-tinggi ni boleh hidup senang? Siapa boleh jamin yang ada sijil-sijil tinggi ni ada attitude two thumbs up or very good in managing their real life? No one is it? One one.

Sikap orang zaman sekarang ni kadang-kadang suka membandingkan orang lain tentang apa saja untuk beritahu yang dia paling hebat. Apa kerja yang dibuat, tiada siapa yang dapat menandingi. Eh cop, ni bukan sikap orang zaman sekarang. Zaman dulu pun sudah ada. Menurun dari generasi ke generasi.

That attitude is really pathetic, annoying and for god sake please change yourself!


No comments:

Post a Comment