Tuesday, 23 August 2016

#22

Happy birthday my man, my husband, my bestfriend and a boyfriend.

13 Ogos haritu genaplah usia husband 27 tahun. Tak ada apa pun hajat yang aku minta sebagai hadiah utk harijadinya melainkan semoga sayang menjadi seorang hamba Allah yang taat pada perintah dan suruhanNya, semoga jadi seorang suami yang baik yang selalu sayang dan kasih pada isterinya ini *ehem*, jadi seorang babah yang sangat penyayang dan mampu membimbing kami sekeluarga dalam perjalanan keluarga ini, menuju SyurgaNya. InsyaAllah..

Semoga apa yang dihajati akan tercapai dan semoga dipermudahkan urusan.

First time 13 Ogos betul2 jatuh pada hari minggu, so dapatlah kitorg berdua keluar dating sempena dengan birthday husband. Belanja makan Kenny Rogers (favourite dia, favourite aku Nandos) dan jalan2 je dekat Queensbay Mall tu. Dah lama tak keluar dating. Rasa awkward sangat! Sampai nak selfie pun rasa segan gilos. Haha.

Tak ada apa yang special pun. Even kek pun tak ada. Kalau kenang balik rasa macam ya Allah isteri apa aku  ni kejam gila. Kah! Maybe sebab dah biasa masa berkenalan dulu tak celebrate bagai. Pernah dua tiga jelah dalam beberapa tahun kenal tu kitorg buat surprise birthday dengan kek dan hadiah. Yang lain mostly keluar belanja makan dan tengok wayang sebab kitorg jarang dapat keluar sama.

InsyaAllah kalau ada rezeki lebih tahun depan kita celebrate together dengan anak. Mudah-mudahan lebih meriah lah daripada sambut berdua. :)

No comments:

Post a Comment